Kerabu Rumpai Laut atau Seaweed
Bahan-bahannya:
Rumpai Laut (yang hidup)
1 biji Mangga (sebaiknya yang masih hijau dihiris memanjang)
kerisik
1 biji Lada besar (dihiris)
2 biji Bawang Merah (dihiris)
2-3 biji Limau Kapas
Cili (Ikut Suka)
Gula,garam
Cara Menyediakannya:
1. Bersihkan Rumpai Laut dan celur dengan air suam.
kemudian campurkankan semua bahan-bahan tadi iaitu mangga, kerisik, lada besar,
bawang merah, sedikit gula dan garam secukup rasa.
2. Perahkan dengan limau kapas
3. Gaul gaulkan sehingga betul betul sebati
Siap!
Selamat Mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan