Pages

Resipi Hinava Ikan Tenggiri

SABAH adalah syurga makanan laut, sebut saja ikan, ketam, udang dan sebagainya semua boleh diperolehi dengan senang di sini.

Salam sejahtera kawan2

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu resepi yang sangat istemewa dan popular bagi suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Kalau ke majlis apa saja kalau makan mesti cari ini dulu....

HINAVA - ia dihasilkan daripada isi ikan segar (mesti yang segar ya!) dan diperah dengah jus limau kapas dan dicampur dengan halia, bawang merah dan garam.Isi ikan yang biasa digunakan ialah ikan tenggiri dan ikan yu. Ada juga yang menggunakan udang tapi saya belum pernah cuba. Belanja untuk membuat Hinava ni tidak banyak pun...hanya dalam RM20-30 cam tu lah....mengikut harga ikan d pasaran lah...ada kalanya murah...dan ada kalanya mahal... Harga ikan ni pula bergantung kepada beberapa perkara. cuaca dan musim.

Jadi....mari kita lihat bahan2 yang digunakan dan cara2 penyediaan makanan ini......

 

HINAVA IKAN TENGGIRI

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan tenggiri sederhana besar

4-5 ulas bawang merah(dihiris)

2 inci halia (dihiris)

4-5 biji limau kapas(ambil jusnya)

2 biji lada besar(dihiris)utuk hiasan

3-4 biji lada padi (jika perlu)

dan sedikit garam


Cara-cara menyediakannya:

1.  Bersihkan ikan terlebih dahulu, kemudian ambil isinya sahaja dan di hiris     hiris atau di potong dadu(mengikut suka)

2.  Gaul bersama bahan2 yang telah dihiris

3.  Kemudian campurkan perahan jus limau kapas dan garam. Gaul lagi sehingga isi ikan kelihatan berwarna putih. Masukkan kedalam peti sejuk selama 1 jam dan boleh lah di hidangkan.

**Tips untuk menjadikan dia lebih sedap...campurkan dengan serbuk biji buah bambangan yang di parut dan di jemur hingga kering. 

Cuba lah!

Anda pasti tida akan kecewa....selamat mencuba!





 



2 ulasan:

SUHAIDA berkata...

wahh sedap nii

Milly Sonny berkata...

Hehee...Sue pula tu...ya ya memang sedap ni pembuka selera hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Aries Embroidery Collections
Designed by UMIESUEstudio 2015