Pages

Memaparkan catatan dengan label 2015. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2015. Papar semua catatan

Pencil Case

PENCIL CASE 
MATERIAL: HEAVY COTTON, ZIP,D RING
MEASURMENT:9in x 4in


Pencil case - Norlailah

Beg Pensil
Material: Japanese Cotton + Heavy Cotton




Hard Disk Cover Pouch

Hard Disk Cover Pouch




Bottle Pouch~ June


Bottle Pouch 
Material: Denin + Japanese Cotton
Saiz: Sebesar botol Eco Tupperware 500ml
Tinggi 8.5 in
Diameter 3 1/4in










Beg si Julie

Phoebe Bag & HP Pouch

HP Pouch

Hiasan Bunga Yoyo





Bahagian Dalam Beg.ada 2 poket.1 berzip dan 1 tiada zip.


Baju Christmas Amel

Amel berumur 4 bulan. Ini lah first Chrismas baby Amel.
Baby Amel selalu duduk diam dalam Church.Tapi kadang Kadang kalau dia lapar atau kepanasan dia mula meragam.suara dia penuh satu church.Amel..Amel..

 
Baju Baby Amel saya jahit sendiri. Suka jahit baju baby.
cepatnya siap. bukan macam buat baju orang dewasa....hmm...
lepas ni buat baju baby saja lah...hehe...



Jenis Kain Japanese Cotton.Polka Dot kaler merah sesuai sangat untuk perayaan Krismas. Apalagi dihias dengan ribon dan manik kaler putih...memang sesuai..nampak cantik. 


Bahagian Belakang Baju


Ucapan

Selamat Tahun Baru 2016 
saya ucapkan kepada semua pengunjung blog saya...Sama-sama kita berdoa agar kita semua diberikan kesihatan dan rezeki yang lebih baik daripada tahun lalu...
Amen!

Pouch

POUCH
Pouch ni tempahan dari rakan-rakan di gereja..katanya untuk menyimpan kalung.
Size: 13cm x 15cm.
Material: Denim









Tempahan Daripada Suzi~ Thank You Suzi

Tempahan daripada Suzi...Tote Bag untuk menyimpan Bible katanya. Material Beg ni daripada Kain bercorak rama rama dan cross jenis English Cotton AAA dan Heavy Cotton Plain.




Jom belajar buat Back Pack di Epal

JOM JAHIT BACKPACK UTK YG TERSAYANG!! 
sebelum mereka kembali ke sekolah...
Harga Kit:   RM62.50 

Cuma sediakan 2 helai Jeans

Bahan-bahan yang ada dalam Kit Belajar Buat Beg Back Pack

Baby Bag


BABY BAG
Untuk membuat beg sebiji macam baby bag ni...kawan kawan perlu ke Pusat Epal kawasan masing-masing. Setahu saya, Pusat epal mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.
Kepada anda yang berminat mau mengenali Pusat Epal ni..boleh lah cari di google Mostwell Sdn Bhd.

Kit untuk membuat beg ini berharga Rm79.00
Kit yang disediakan mengandungi:
Paten Bag
Fabric Pure English Cotton(outer)
Kain gam tebal
Kain Lining(kain alas dalam)
Batting
Reben hitam double sided gam
Zip dan kepala zip
Lain lain bahan yang diperlukan:
Rotary Cutter dan mat 
Jarum peniti
Gunting
Benang dan 
Kapur Penanda

Saya seorang pencinta beg handamde.Akan tetapi saya adalah seorang beginner dalam bidang quilting dan patchwork..Pada mulanya saya melihat bahawa quilting adalah sesuatu yang amat membosankan  kerana  pada fikiran saya kain dipotong kecil2 dan kemudian dicantum2…adalah seuatu yang amat lambat untuk melihat hasilnya.Saya pernah beberapa kali untuk membuat patchwork (jahit ikut cara my late mom jahit)potong kecil2 lebihan kain yang ada…kemudian cantum dengan jahit tangan.Jahit jahit dan jahit..Huh amat lambat rasanya untuk menyiapkannya menjadi sebesar alas katil…akhirnya saya sorok bawah katil huhu... Mood jahit sudah hilang.mau sambung tida mau sudah. Suatu hari my mom jumpa my patchwork bawah katil... :P  akhirnya dia sambung jait  sammmmpai lah siaaaap.

Begitu lah ceritanya saya dengan quilting @ patchwork suatu masa dahuluuu….

Kekuatan saya membuat beg patchwork kali ini ialah kerana semata mata ingin menyertai rakan rakan Epal yang lain. Sesiapa yang berjaya menyiapkan Baby bag ni akan layak menyertai rombongan melawat beg terbesar dan layak mendapat baju Guinness World Records.Beg ini di panggil baby bag bermaksud anak beg yg mana akan ditemukan kepada mama beg iaitu beg terbesar di dunia tersebut apabila beg tersebut sampai ke Kk nanti.(Sesuatu yang Unik kan!)




Semangat untuk menyertai mereka ini ialah selang sehari sebelum tarikh akhir membuat baby bag ini. Saya berfikir kenapa saya tidak menyertai mereka sedangkan ini lah hari yang sangat bererti bagi kami pencinta beg handmade. Dan saya tidak harus melepaskan peluang keemasan ini. Bersama seorang rakan saya yang pada mulanya tidak minat untuk menyertai  rombongan tersebut kerana kesuntukan masa menjaga anak anak nya, akhirnya kami sama sama membuat baby bag di saat saat akhir.
Yess….. kami Berjaya menyiapkan baby bag kami dalam masa sehari sahaja. Tahniah untuk diri saya sendiri dan tahniah juga kepada kawan saya Elsie….


Elsie my friend

its me

Bersama sebahagian rakan rakan yang berjaya menyiapkan baby bag



Akhirnya kami Berjaya menyertai rombongan lawatan ke Beg Terbesar di dunia yang telah dirasmikan oleh isteri Yang Dipertuan  Negeri Toh Puan Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M Jasni.




Terima kasih Epal kerana tunjuk ajar selama ini…dan yang paling teruja sekali ialah semasa menyiapkan baby bag.Patchwork oh Patchwork….setelah seharian menyiapkan beg tersebut, kini saya telah jatuh cinta pula dengan patchwork. Rupanya tidak sesusah itu yang saya fikirkan.Rupanya ia sangat sangat sangat menyeronokkan setelah di ajar oleh cikgu cikgu menjahit yang cukup peramah dan sabar melayani karenah karenah kami dari pagi sehingga siapnya baby bag kami.Terima kasih sekali lagi Epal. Khasnya Epal KK. Saya bangga menjadi sebahagian daripada warga Epal.



Sidang media bersama Pengasas Pusat Epal Malaysia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Aries Embroidery Collections
Designed by UMIESUEstudio 2015