Pages

Memaparkan catatan dengan label Beg Terbesar Di Dunia GENNIUS WORLD RECORD OLEH EPAL MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Beg Terbesar Di Dunia GENNIUS WORLD RECORD OLEH EPAL MALAYSIA. Papar semua catatan

Baby Bag


BABY BAG
Untuk membuat beg sebiji macam baby bag ni...kawan kawan perlu ke Pusat Epal kawasan masing-masing. Setahu saya, Pusat epal mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.
Kepada anda yang berminat mau mengenali Pusat Epal ni..boleh lah cari di google Mostwell Sdn Bhd.

Kit untuk membuat beg ini berharga Rm79.00
Kit yang disediakan mengandungi:
Paten Bag
Fabric Pure English Cotton(outer)
Kain gam tebal
Kain Lining(kain alas dalam)
Batting
Reben hitam double sided gam
Zip dan kepala zip
Lain lain bahan yang diperlukan:
Rotary Cutter dan mat 
Jarum peniti
Gunting
Benang dan 
Kapur Penanda

Saya seorang pencinta beg handamde.Akan tetapi saya adalah seorang beginner dalam bidang quilting dan patchwork..Pada mulanya saya melihat bahawa quilting adalah sesuatu yang amat membosankan  kerana  pada fikiran saya kain dipotong kecil2 dan kemudian dicantum2…adalah seuatu yang amat lambat untuk melihat hasilnya.Saya pernah beberapa kali untuk membuat patchwork (jahit ikut cara my late mom jahit)potong kecil2 lebihan kain yang ada…kemudian cantum dengan jahit tangan.Jahit jahit dan jahit..Huh amat lambat rasanya untuk menyiapkannya menjadi sebesar alas katil…akhirnya saya sorok bawah katil huhu... Mood jahit sudah hilang.mau sambung tida mau sudah. Suatu hari my mom jumpa my patchwork bawah katil... :P  akhirnya dia sambung jait  sammmmpai lah siaaaap.

Begitu lah ceritanya saya dengan quilting @ patchwork suatu masa dahuluuu….

Kekuatan saya membuat beg patchwork kali ini ialah kerana semata mata ingin menyertai rakan rakan Epal yang lain. Sesiapa yang berjaya menyiapkan Baby bag ni akan layak menyertai rombongan melawat beg terbesar dan layak mendapat baju Guinness World Records.Beg ini di panggil baby bag bermaksud anak beg yg mana akan ditemukan kepada mama beg iaitu beg terbesar di dunia tersebut apabila beg tersebut sampai ke Kk nanti.(Sesuatu yang Unik kan!)




Semangat untuk menyertai mereka ini ialah selang sehari sebelum tarikh akhir membuat baby bag ini. Saya berfikir kenapa saya tidak menyertai mereka sedangkan ini lah hari yang sangat bererti bagi kami pencinta beg handmade. Dan saya tidak harus melepaskan peluang keemasan ini. Bersama seorang rakan saya yang pada mulanya tidak minat untuk menyertai  rombongan tersebut kerana kesuntukan masa menjaga anak anak nya, akhirnya kami sama sama membuat baby bag di saat saat akhir.
Yess….. kami Berjaya menyiapkan baby bag kami dalam masa sehari sahaja. Tahniah untuk diri saya sendiri dan tahniah juga kepada kawan saya Elsie….


Elsie my friend

its me

Bersama sebahagian rakan rakan yang berjaya menyiapkan baby bag



Akhirnya kami Berjaya menyertai rombongan lawatan ke Beg Terbesar di dunia yang telah dirasmikan oleh isteri Yang Dipertuan  Negeri Toh Puan Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M Jasni.




Terima kasih Epal kerana tunjuk ajar selama ini…dan yang paling teruja sekali ialah semasa menyiapkan baby bag.Patchwork oh Patchwork….setelah seharian menyiapkan beg tersebut, kini saya telah jatuh cinta pula dengan patchwork. Rupanya tidak sesusah itu yang saya fikirkan.Rupanya ia sangat sangat sangat menyeronokkan setelah di ajar oleh cikgu cikgu menjahit yang cukup peramah dan sabar melayani karenah karenah kami dari pagi sehingga siapnya baby bag kami.Terima kasih sekali lagi Epal. Khasnya Epal KK. Saya bangga menjadi sebahagian daripada warga Epal.



Sidang media bersama Pengasas Pusat Epal Malaysia


Media Beg Terbesar di Dunia









LAWATAN PUSPANITA KE BEG TERBESAR DI DUNIA 12NOV 2015




Akhirnya beg anggun ini lah yang telah membolehkan saya dan rakan rakan berjaya menemukan Bby Bag dengan mama beg iaitu Beg Terbesar di dunia.


Para pengunjung akan diberi taklimat mengenai beg terbesar ini oleh Mohd Fitri Khasidin.

Bersama rakan sekerja ku(Bff) Ellie yang turut serta dalam lawatan tersebut.






Bermacam macam  hasil dari kain jeans kitar semula.


Pn Nurul mengambil kesempatan untuk berjualan hasil tangan nya sendiri...



Bersama Pengurus Epal cawangan Kota Kinabalu Pn Moirin.

Beg daripada kain Batik adalah projik Epal bagi tahun depan.


1492 individu telah terlibat dengan usahasama pelbagai agensi kerajaan, sekolah dan badan badan berkanun kerajaan.



Diiktiraf oleh   'Guinness World Records' dengan catatan rekod 'The Largest Holdall' yang bersaiz
7.62m ( 24'12") panjang
5.44m ( 17'10") tinggi
3.04m(9'11'')lebar.

Telah mendapat pengiktirafan dari   'The Malaysian Book of Records'  pada 29 Mei 2015 dengan mencipta rekod 'Biggest Handbag Replica yang mencapai saiz :
5.4 meter(Tinggi) x 7.6 meter (Panjang) x 3.0 meter (Lebar)
iaitu boleh memuatkan 2 buah kereta Myvi.



Terdapat beratus ratus beg berada didalam beg terbesar ini.

Bersama rakan kerja...Saodah..

PERASMIAN BEG TERBESAR DI DUNIA
















BEG TERBESAR DI DUNIA BERADA DI SURIA MALL KoTA KINABALU 7nov HINGGA 15nov 2015



Apa yang Perlu anda Tahu mengenai Beg Terbesar Ini?
Projik menjahit kepingan kain bermula pada 15 Disember 2014 dan siap pada tanggal 25 Mei 2015. Beg Terbesar di Dunia ini terhasil dengan menggunakan 2984 helai kameja terpakai.dan Berat kain ini sahaja mencapai berat 130kg.


Diiktiraf oleh   'Guinness World Records' dengan catatan rekod 'The Largest Holdall' yang bersaiz 
7.62m ( 24'12") panjang
5.44m ( 17'10") tinggi
3.04m(9'11'')lebar





Bersama rakan pencinta beg handmade dan mesin jahit
Elsie Avitus
dan Pengurus Epal Mdm Fully Chyne



Add caption




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Aries Embroidery Collections
Designed by UMIESUEstudio 2015