BABY BAG
Untuk membuat beg sebiji macam baby bag ni...kawan kawan perlu ke Pusat Epal kawasan masing-masing. Setahu saya, Pusat epal mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.
Kepada anda yang berminat mau mengenali Pusat Epal ni..boleh lah cari di google Mostwell Sdn Bhd.
Kit untuk membuat beg ini berharga Rm79.00
Kit yang disediakan mengandungi:
Paten Bag
Fabric Pure English Cotton(outer)
Kain gam tebal
Kain Lining(kain alas dalam)
Batting
Reben hitam double sided gam
Zip dan kepala zip
Lain lain bahan yang diperlukan:
Rotary Cutter dan mat
Jarum peniti
Gunting
Benang dan
Kapur Penanda
Saya seorang pencinta beg handamde.Akan tetapi saya adalah seorang beginner dalam bidang quilting dan patchwork..Pada mulanya saya melihat bahawa
quilting adalah sesuatu yang amat membosankan
kerana pada fikiran saya kain
dipotong kecil2 dan kemudian dicantum2…adalah seuatu yang amat lambat untuk melihat
hasilnya.Saya pernah beberapa kali untuk membuat patchwork (jahit ikut cara my
late mom jahit)potong kecil2 lebihan kain yang ada…kemudian cantum dengan jahit
tangan.Jahit jahit dan jahit..Huh amat lambat rasanya untuk menyiapkannya menjadi sebesar alas
katil…akhirnya saya sorok bawah katil huhu... Mood jahit sudah hilang.mau sambung tida mau sudah.
Suatu hari my mom jumpa my patchwork bawah katil... :P akhirnya dia sambung jait sammmmpai lah siaaaap.
Begitu lah ceritanya saya dengan quilting @ patchwork suatu
masa dahuluuu….
Kekuatan saya membuat beg patchwork kali ini ialah kerana
semata mata ingin menyertai rakan rakan Epal yang lain. Sesiapa yang berjaya menyiapkan Baby bag ni akan layak menyertai rombongan melawat beg terbesar dan layak mendapat baju Guinness World Records.Beg ini di
panggil baby bag bermaksud anak beg yg mana akan ditemukan kepada mama beg
iaitu beg terbesar di dunia tersebut apabila beg tersebut sampai ke Kk nanti.(Sesuatu
yang Unik kan!)
Semangat untuk menyertai mereka ini ialah selang sehari
sebelum tarikh akhir membuat baby bag ini. Saya berfikir kenapa saya tidak menyertai mereka
sedangkan ini lah hari yang sangat bererti bagi kami pencinta beg handmade. Dan
saya tidak harus melepaskan peluang keemasan ini. Bersama seorang rakan saya
yang pada mulanya tidak minat untuk menyertai
rombongan tersebut kerana kesuntukan masa menjaga anak anak nya,
akhirnya kami sama sama membuat baby bag di saat saat akhir.
Yess….. kami Berjaya menyiapkan baby bag kami dalam masa
sehari sahaja. Tahniah untuk diri saya sendiri dan tahniah juga kepada kawan
saya Elsie….
Elsie my friend
![]() |
| its me |
![]() |
| Bersama sebahagian rakan rakan yang berjaya menyiapkan baby bag |
Akhirnya kami Berjaya menyertai rombongan lawatan ke Beg
Terbesar di dunia yang telah dirasmikan oleh isteri Yang Dipertuan Negeri Toh Puan Norlidah Binti Tan Sri Datuk
R.M Jasni.
Terima kasih Epal kerana tunjuk ajar selama ini…dan yang
paling teruja sekali ialah semasa menyiapkan baby bag.Patchwork oh Patchwork….setelah
seharian menyiapkan beg tersebut, kini saya telah jatuh cinta pula dengan
patchwork. Rupanya tidak sesusah itu yang saya fikirkan.Rupanya ia sangat sangat
sangat menyeronokkan setelah di ajar oleh cikgu cikgu menjahit yang cukup
peramah dan sabar melayani karenah karenah kami dari pagi sehingga siapnya baby
bag kami.Terima kasih sekali lagi Epal. Khasnya Epal KK. Saya bangga menjadi
sebahagian daripada warga Epal.
![]() |
| Sidang media bersama Pengasas Pusat Epal Malaysia |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan